KEMBARA EPIK DUNIA BALKAN

Tour Code: S002

Skopje – Macedonia – Albania – Montenegro – Bosnia & Herzegovina – Croatia

Jelajahi keindahan Balkans dengan perjalanan merentasi enam negara penuh sejarah, budaya dan pemandangan menakjubkan. Bermula di Skopje, Macedonia dengan kubu purba dan jambatan bersejarah, perjalanan diteruskan ke Ohrid di tepi tasik indah serta Tirana, ibu kota Albania. Nikmati pesona Kotor dan Dubrovnik di Croatia, sebelum merasai keunikan Mostar Bridge dan Sarajevo di Bosnia yang sarat kisah perjuangan. Singgah di Jajce dengan air terjun mempesona, kemudian alami keajaiban Plitvice Lakes yang digelar ‘syurga dunia’. Perjalanan berakhir di Zagreb, Croatia – kota Eropah Timur yang klasik dan moden. Satu kembara menyeluruh Balkans yang padat dengan pengalaman tak ternilai.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2025
20/11 - 29/11 Autumn 8,390 1,500 8,390 7,970 7,550 20 - 25 PAX
2026
15/1 - 24/1 Winter 9,090 1,500 9,090 8,640 8,180 20 - 25 PAX
5/2 - 14/2 Winter 8,290 1,500 8,290 7,880 7,460
7/4 - 16/4 Spring 8,290 1,500 8,290 7,880 7,460
24/4 - 3/5 Spring 8,290 1,500 8,290 7,880 7,460
12/5 - 21/5 Spring 8,290 1,500 8,290 7,880 7,460
29/5 - 7/6 Spring 8,290 1,500 8,290 7,880 7,460
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX

Berkumpul di KLIA 1 untuk menaiki penerbangan ke Skopje (transit di Istanbul).

Lawatan di Skopje:

• Skopje Kale Fortress: Kota pertahanan yang terletak di tengah bandar  Skopje ini dibina seawal kurun ke-6 lagi.

• Stone Bridge: Jambatan batu yang merentasi Vardar River di tengah kota ini dibina pada tahun 1451.

• Alexander The Great Statue: Tugu setinggi 14.5 m ini dibina pada tahun 2011 sempena 20 tahun kemerdekaan Republic of Macedonia.

• Melawat ke Daut Pasha Hammam yang merupakan tempat pemandian umum bersejarah yang dibangun pada abad ke-16 dengan reka bentuk Ottoman. Awalnya digunakan untuk pemandian, sekarang menjadi muzium yang menampilkan seni dan budaya.

• Masa bebas di Macedonia Square sambil membeli-belah cenderamata makanan tradisi di Old Bazaar.

• Old Train Station : Stesen Keratapi lama dibina pada tahun 1938 dengan hiasan Byzantine.

Bermalam di Skopje.

Lawatan di Tetovo:

• Sarena Painted Mosque: Kompleks masjid yang berwarna-warni ini dibina pada tahun 1438 dan turut menempatkan laman bunga, sekolah Medresa dan Turbe (makam) 2 beradik perempuan yang menaja pembinaan masjid ini.

Lawatan di Ohrid:
• Haji Turgut Mosque: Masjid yang tertua di sini dibina pada tahun 1466.

• Abedin-Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada abad ke-17 yang turut menempatkan makan Emir pertama Ohrid.

• Masa bebas di Chinar Square yang terkenal dengan Old Chinar Tree yang berusia lebih 1000 tahun dan membeli-belah di Old Bazaar Street.

• Nikmati pemandangan indah Lake Ohrid yang cukup indah dan luas umpama lautan.

• Monastery of St. Naum: Biara Ortodoks ini dibina di tebing Lake Ohrid sejak tahun 905 ketika zaman Bulgarian Empire.

Bermalam di Struga.

Lawatan di Tirana:

• Ethem Bey Mosque: Dibina pada tahun 1791, masjid ini menjadi pemangkin kejatuhan komunisme negara ini.

• Clock Tower of Tirana: Menara jam setinggi 35m dibina pada tahun 1811.

• Lawatan bas panorama melepasi Pyramid of Tirana, National History Museum, Cold War Bunker, Skanderbeg Square dan Skanderbeg
Monument.

Lawatan di Shkoder:
• Lawatan bas panaroma melepasi Rozafa Castle kota pertahanan dan kediaman zaman Illyrian , Ebu Beker Mosque dan Shkoder Lake.

Bermalam di Shkoder.

Lawatan di Kotor:

• Old Town of Kotor: Antara kota tepi laut yang tercantik di Mediterranean dengan tembok kota setinggi 20m dan antara tarikan di sini ialah Square of Arms, Watch Tower, Prince’s Palace, Pillar of Shame dan Sea Gate of 1555.

• Old City of Dubrovnik: Dikenali sebagai Pearl of the Adriatic kerana keindahan pemandangannya. Kota ini sememangnya destinasi wajib jika ke Balkans. Melawat tarikan utama di dalam tembok kota ini seperti Large Onofrio Fountain, Rector’s Palace, Clock Tower, Bell Tower, Orlando’s Column dan juga bersiar-siar di sepanjang

Bermalam di Trebinje.

Lawatan di Blagaj:

• Berfoto dan menikmati pemandangan yang amat indah di mata air Buna River Spring.

Lawatan di Mostar:
• Mostar Bridge: Jambatan ikonik Bosnia yang terkenal di serata dunia dan dibina pada abad ke-16 berdasarkan senibina Islamik Balkan.

• Koski Mehmed Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1618 berdasarkan senibina Uthmaniyyah Turki.

• Membeli-belah cenderamata di Bazar Kujundziluk yang terletak di sepanjang Neretva River dan melawat ke Turkish House.

Bermalam di Mostar.

Lawatan di Sarajevo:

• Bersiar-siar di taman rekreasi Vrelo Bosne dan menikmati suasana tenang semulajadi taman ini.

• Tunnel of Hope: Terowong yang dibina ketika Perang Bosnia dan digunakan penduduk setempat bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan ketika mana pada waktu itu bandar Sarajevo dikepung oleh tentera Serbia.

• Membeli-belah di Bascarsija Bazaar sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-Bey Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bosnia dibina pada tahun 1530, menara jam Sahat Kula dan juga Vijecnica.

• Temui dan ambil foto Sarajevo Roses, nama panggilan kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah membentuk seakan bunga ros di hadapan Sacred Heart Cathedral.

Bermalam di Sarajevo.

 Lawatan di Ahmici:

• Melawat 116 Monument di perkampungan kecil Ahmici di mana terjadinya peristiwa tragik pembunuhan 116 orang penduduk dalam satu pagi oleh tentera Croatia ketika Perang Bosnia.

Lawatan di Jajce:

• Berfoto di Pliva Waterfall yang setinggi 27m dan Watermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu diatas Pliva River di Jajce.

Bermalam di Bihac.

 • Melawat dan bersiar-siar di kawasan tasik pergunungan air terjun Plitvice Lakes yang dipanggil sebagai syurga dunia. Sesuai panggilannya, Kawasan ini cukup indah dengan tasik yang kehijauan dan rangkaian air terjunnya yang menakjubkan.

Lawatan di Zagreb:

• Melawat sekitar kota Zagreb terutamanya di Ban Jelacic Square yang terdapatnya Zagreb City Skale Model, Ban Jelacic Statue dan Lotrscak Tower. Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Istanbul).

Tiba di  lapangan terbang Kuala Lumpur dengan kenangan indah. Alhamdulillah. 

PENGINAPAN

BANDAR BILANGAN MALAM
Skopje 1
Struga 1
Shkoder 1
Trebinje 1
Mostar 1
Sarajevo 1
Bihac 1

Itineri diatas adalah sebagai panduan, ia mungkin berubah.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

MAKLUMAT PENERBANGAN: TURKISH AIRLINES (TK)

TK 61       KUL-IST     2345   0520+1

TK 1003  IST-SKP     0725   0755

TK 1056   ZAG-IST    2020   2340

TK60       IST-KUL   0140    1705

MAKLUMAT PENERBANGAN: TURKISH AIRLINES (TK)

PELEPASAN FEB - MEI 2026

TK 61         KUL-IST    2345   0605+1

TK 1003   IST-SKP     0810   0745

TK 1056    ZAG-IST     19550   015+1

TK60         IST-KUL      0155   1705

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,500 / PER PERSON