TURKEY CLASSIC

Tour Code: W004
Pakej Lengkap, Halal & Fullboard!

Turki Klasik memukau dengan seni bina Ottoman, istana megah, dan bazar berwarna-warni. Jalan berbatu dan lorong bersejarah membawa anda ke zaman silam. Keindahan landskap dan budaya yang kaya menjadikan setiap sudut penuh dengan kisah menarik

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BILIK BERDUA / BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK - KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2025
26/11 - 4/12 Autumn (QR/EK) 4,890 600 4,890 4,690 4,590 20 - 25 pax
10/12 - 18/12 Winter (QR) 5,290 600 5,290 5,090 4,990
12/12 - 20/12 Winter (QR) 5,290 600 5,290 5,090 4,990
17/12 - 25/12 Winter (QR) 5,190 600 5,190 4,890 4,690
2026
1/1 - 10/1 Winter (SQ) 5,390 600 5,390 5,190 5,090 20 - 25 pax
22/1 - 31/1 Winter (SQ) 5,090 600 5,090 4,890 4,790
24/1 - 2/2 Winter (SQ) 5,090 600 5,090 4,890 4,790
7/2 - 16/2 Winter (SQ) 5,090 600 5,090 4,890 4,790
27/3 - 4/4 Spring (TK) 4,990 600 4,990 4,790 4,690
28/3 - 5/4 Spring (TK) 4,990 600 4,990 4,790 4,690
24/4 - 2/5 Spring (QR) 4,990 600 4,990 4,790 4,690
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX

Selamat datang ke bumi Turkiye! Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan disambut mesra oleh pemandu pelancong. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Bolu, sebuah bandar yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta udara yang segar dan nyaman.

Setibanya di Bolu, makan malam akan disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel untuk berehat. Bermalam di Bolu.

Selepas bersarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke ibu negara Turkiye, Ankara. Lawatan pertama adalah ke Muzium Atatürk, sebuah tempat bersejarah yang menyimpan kisah hidup dan perjuangan Mustafa Kemal Atatürk, pengasas Republik Turkiye.

Perjalanan diteruskan ke Cappadocia dengan persinggahan di Tasik Garam, sebuah tasik yang menakjubkan dengan permukaan putih berkilauan akibat kandungan garamnya yang tinggi. Setelah tiba di Cappadocia, daftar masuk hotel dan menikmati makan malam sebelum berehat. Bermalam di Cappadocia.

Bagi yang ingin merasai pengalaman unik, anda boleh menyertai belon udara panas di Cappadocia pada waktu pagi (pilihan tambahan / tidak termasuk kos). Selepas sarapan, mulakan lawatan ke Bandar Bawah Tanah (Underground city), tempat perlindungan masyarakat purba yang dibina beratus-ratus tahun dahulu. Seterusnya, lawatan diteruskan ke lembah indah di Cappadocia yang menampilkan formasi batu unik hasil hakisan semula jadi.

Kemudian, kita akan singgah di Kampung Uchisar, kawasan tertinggi di Cappadocia yang menawarkan pemandangan indah. Selepas itu, kunjungi Kilang Permaidani Tradisional untuk melihat sendiri proses pembuatan permaidani Turkiye yang terkenal. Perjalanan diteruskan dengan lawatan ke Avanos untuk menyaksikan demonstrasi seni tembikar tradisional sebelum singgah di kedai barang kemas yang menampilkan rekaan unik dan berkualiti tinggi.

Selepas seharian menerokai Cappadocia, kembali ke hotel untuk berehat. Makan malam disediakan.

Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, teruskan perjalanan menuju ke Pamukkale dengan persinggahan di Caravanserai, sebuah bangunan kuno yang pernah menjadi tempat persinggahan para pedagang di zaman Jalan Sutera.

Perjalanan diteruskan ke Konya untuk melawat Muzium Mevlana dan Masjid Mevlana, sebuah tempat bersejarah yang terkenal dengan ajaran Sufi dan kisah Jalaluddin Rumi. Setibanya di Pamukkale, makan malam akan disediakan sebelum daftar masuk hotel untuk berehat. Bermalam di Pamukkale.

Bagi yang ingin merasai pengalaman unik, anda boleh memilih untuk menaiki belon udara panas di Pamukkale (pilihan tambahan / tidak termasuk kos). Selepas sarapan, berpeluang membeli-belah di Bazaar Turkish Delight dan Kilang Tekstil yang menawarkan pelbagai pilihan manisan dan produk tekstil berkualiti tinggi.

Kemudian, kita akan melawat Kota Purba Hierapolis dan Cotton Castle, sebuah kawasan dengan kolam air panas semula jadi yang membentuk travertine putih yang indah (perkhidmatan buggy tidak termasuk, caj tambahan 400 Lira seorang). Setelah selesai lawatan, perjalanan diteruskan ke Kusadasi atau Bursa untuk makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Kusadasi atau Bursa. (bergantung kepada final confirmation)

Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan meneruskan perjalanan ke Bursa untuk melawat Masjid Besar Bursa (Grand Mosque) yang menampilkan seni bina Islamik klasik Turkiye. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Pasar Sutera Koza Han, sebuah pusat dagangan sutera yang telah wujud sejak zaman Uthmaniyyah.

Kemudian, teruskan perjalanan ke Istanbul dengan lawatan ke Masjid Camlica, masjid terbesar dan moden di Turkiye. Kita juga akan mengunjungi Pasar Rempah, tempat yang terkenal dengan pelbagai jenis rempah dan herba berkualiti tinggi. Sebelum berakhirnya lawatan hari ini, kita akan singgah di Taksim Square, pusat bandar Istanbul yang penuh dengan pelbagai tarikan moden.

Akhir sekali, daftar masuk hotel dan bermalam di Istanbul.

Selepas sarapan, kita akan menyaksikan pertunjukan fesyen kulit di sebuah butik terkenal sebelum meneruskan lawatan ke Istana Topkapi (halaman pertama sahaja untuk sesi fotografi kumpulan). Seterusnya, kita akan mengunjungi Masjid Biru dan Hippodrome, yang menampilkan keunikan seni bina zaman Uthmaniyyah.

Lawatan diteruskan ke Masjid Hagia Sophia, di mana anda boleh memasuki masjid ini secara percuma ketika waktu solat (tidak termasuk tiket). Akhir sekali, nikmati masa santai membeli-belah di Grand Bazaar, pusat beli-belah tradisional terbesar yang menawarkan lebih 4,000 kedai.

Selepas makan malam, pulang ke hotel dan bermalam di Istanbul.

Pada hari terakhir, kita akan menaiki pelayaran di Selat Bosphorus, satu pengalaman yang memberikan pemandangan indah Istanbul dari laut. Seterusnya, kita akan mengunjungi Masjid Eyup Al Ansari dan Pier Lotti, di mana anda boleh menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan (tak termasuk kereta kabel).

Setelah selesai lawatan, kita akan bertolak ke lapangan terbang sekurang-kurangnya 4 jam sebelum penerbangan pulang.

Tiba di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL
Bolu Elit Tourist Hotel atau setara
Cappadocia Tourist Hotel atau setara
Pamukkale Tripolis Thermal atau setara
Bursa Tiara Thermal atau setara
Istanbul Hotel Golden Way atau setara

AKTIVITI TAMBAHAN:

TOUR NAME HARGA (SEORANG)
CAPPADOCIA BALLON 300 USD
BALLOON WATCHING TOUR 30 USD
JEEP SAFARI 4 PAX 270 USD
CAPPADOCIA DERVISH CEREMONY 30 USD
CAPPADOCIA ATV SINGLE 60 USD
ATV TWIN 2 PASSANGER (PER VEHICLE) 80 USD
TURKISH NIGHT WITH DINNER 60 USD
TURKISH NIGHT DINNER WITH OUT DINNER 50 USD
PAMUKKALE PARAGLIDING 100 USD
PAMUKKALE HORSE RIDING 50 USD
PAMUKKALE BALON 200 USD

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

MAKLUMAT PENERBANGAN: EMIRATES (EK)

EK 345 KUL DXB 1015 1310

EK 121 DXB IST 1420 1755

EK 118 IST DXB 2320 0450 

EK 342 DXB KUL 1025 2150

MAKLUMAT PENERBANGAN: SINGAPORE AIRLINES (SQ)

SQ 127    KUL SIN   2145 2255 

SQ 392    SIN IST  0145 0745 

SQ 391   IST SIN  1330 0500+1 

SQ 104   SIN KUL  0705 0805 

MAKLUMAT PENERBANGAN: QATAR AIRWAYS (QR)

QR 4992  KUL DOH  0225 0515

QR 239  DOH  IST  0755 1200

QR 246  IST DOH  2005 0015+1

QR 852  DOH KUL  0250 1525

DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG