HARBIN, CHINA - MUSIM SEJUK

Tour Code: S001

Beijing – Shenyang – Jilin – Changchun – Harbin

Harbin, terletak di timur laut China, adalah bandar musim sejuk yang penuh dengan keajaiban. Setiap tahun, Harbin menjadi tuan rumah Harbin International Ice and Snow Festival, di mana patung ais dan salji gergasi bercahaya indah menghiasi malam musim sejuk. Bayangkan berjalan di antara istana ais yang menakjubkan dan menikmati pemandangan salji yang mempesona – satu pengalaman yang luar biasa!

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
7/1 - 13/1 Winter (MH) 6,190 1,100 6,190 5,880 5,580 15 - 25 pax
22/1 - 28/1 Winter (MH) 6,090 1,100 6,090 5,790 5,480
1/2 - 7/2 Winter (MH) 6,090 1,100 6,090 5,790 5,480
5/2 - 11/2 Winter (MH) 6,090 1,100 6,090 5,790 5,480
Diskaun untuk senior citizen (58 tahun & keatas) RM50/ seorang

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing. Selepas lawatan di Beijing selesai, terus menaiki keretapi berkelajuan tinggi ke Shenyang (2 jam 45 minit).

Lawatan di Beijing:

• Melawat Beijing Tian’anmen Square: Merupakan salah satu dataran bandar terbesar di dunia dan boleh menampung 1 juta orang untuk mengadakan perhimpunan besar.

• Melawat Qianmen Street: Merupakan pusat perdagangan dan budaya sejak zaman Dinasti Ming dan Qing. Jalan ini juga telah mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti gerbang besar dan jalanan berbatu untuk memberikan pengalaman klasik kepada pengunjung.

Bermalam di Shenyang.

Lawatan di Shenyang:

• Melawat Shenyang Imperial Palace: Merupakan salah satu contoh seni bina terbaik Manchu. Mempunyai lebih daripada 300 bangunan, ia menampilkan gaya tradisional China yang unik dan berfungsi sebagai pusat politik dan kebudayaan pada zamannya. (Ditutup pada Isnin)

• Melawat Zhang’s Mansion: Sambil menerokai seni bina gabungan Barat dan tradisional China serta pameran yang memaparkan kehidupan Zhang dan peristiwa sejarah utama.

• Melawat di Shenyang Zhongjie: Merupakan pusat komersial terawal Shenyang berusia hampir 400 tahun dan mempunyai reputasi “Jalan Pertama di Timur Laut China”.

• Bersiar-siar di sekitar Songhua River: Untuk melihat pemandangan malam Sungai Songhua, pemandangan beberapa jambatan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri merentasi Sungai Songhua di bandar Jilin beserta pemandangan bunga api menjadikan tempat ini spot yang menarik untuk bergambar.

Bermalam di Jilin.

Lawatan di Jilin:
• Rime Corridor: Terkenal dengan fenomena rime, di mana pokok dan tumbuhan diliputi ais kristal yang indah. Tempat ini juga menawarkan aktiviti luar seperti bermain ski.

• Changbai Island: Lokasi di mana beribu-ribu burung dan itik liar berkumpul. Pemandangan cantiknya menjadikan tempat ini spot bergambar yang menarik serta memberikan kelainan kepada pengunjung.

• Manchu Folk Museum: Salah satu rumah halaman yang dipelihara dengan baik di timur laut China, mempamerkan budaya dan tradisi masyarakat Manchu.

Lawatan di Changchun:
• The Hill Mall: Tempat membeli-belah dengan pelbagai kedai khas dan peluang untuk merasai pelbagai jenis makanan.

Bermalam di Changchun.

Lawatan di Changchun:
• The Manchuko Imperial Palace Museum: Tapak bersejarah penting di mana pelancong dapat berjalan melalui bilik-bilik diraja, taman, dan kawasan lain untuk melihat seni bina serta budaya era Manchukuo.

• The Eight Departments of Manchukuo: Bekas pusat pentadbiran kerajaan boneka Manchukuo yang ditubuhkan oleh Jepun pada tahun 1930-an. Tempat ini memberikan wawasan mendalam tentang pengaruh Jepun di Manchuria.

Lawatan di Harbin:
• Sun Island International Snow Sculpture Art Expo: Taman hiburan bertema salji terbesar dan terawal di China. Tetamu dapat menikmati seni arca salji yang diukir oleh pengukir mahir, aktiviti musim sejuk, dan suasana perayaan musim sejuk yang meriah.

Bermalam di Harbin.

Lawatan di Harbin:
• Acara berenang ais: Menyaksikan acara berenang ais yang unik pada musim sejuk.

• Volga Manor: Bangunan klasik yang memaparkan ciri seni bina Rusia, seni lukisan, arca, dan budaya eksotik Rusia. Dibina semula untuk menonjolkan sejarah China dan Rusia.

• Ice and Snow World Ice Sculpture Exhibition: Menampilkan pelbagai arca ais, arca salji, dan bangunan yang diperbuat daripada ais tulen. Tetamu dapat menikmati arca bercahaya berwarna-warni serta pelbagai aktiviti musim salji.

Bermalam di Harbin.

Lawatan di Harbin:
• Sophia Square: Lokasi menarik untuk berfoto kerana seni binanya yang unik. Pelancong boleh menikmati pemandangan cantik sambil bersantai di sekitarnya.

• Central Avenue: Bersiar-siar di kawasan ini yang memberikan suasana seperti berada di sebuah bandar Eropah sambil melihat pelbagai sejarah seni bina yang indah.

• Harbin Flood Control Memorial Tower: Berjalan-jalan di sekitar menara ini untuk menikmati pemandangan indah sungai dari atas.

• Middle East Railway Bridge-Glass Walkway: Jambatan kaca jernih yang menawarkan panorama menakjubkan sungai dan bandar Harbin.

• Laodaowai Chinese Baroque: Kawasan penuh dengan kedai-kedai, kafe, restoran tradisional, dan pengalaman yang kaya dengan budaya serta sejarah.

Bermalam di Beijing.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL* atau setara BILANGAN MALAM
Shenyang Dragon Dream Ruifeng Hotel 1
Jilin Riyard Hotel 1
Changchun Smart Choice Holiday Inn 1
Harbin Jingchen Hotel 2
Beijing Qianmen Smart Choice Holiday Inn 1

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH318    KUL PKX   0040  0700

MH318    PKX KUL  0930  1600