SWITZERLAND & ITALY

Bonus lawatan ke Colmar, France & Black Forest, Germany 

Bersedia untuk satu pengembaraan Eropah yang luar biasa! Terokai landskap menakjubkan Swiss yang dipenuhi gunung-ganang bersalji, tasik yang jernih dengan suasana tenang.

Hayati pesona Itali dengan seni bina klasik, sejarah agung dan citarasa makanan yang memikat. Dari Lucerne ke Lauterbrunnen, dan dari Venice ke Rome – setiap lokasi menyimpan keajaiban tersendiri. Nikmati dua negara berbeza dalam satu percutian yang penuh gaya, budaya dan kenangan yang tidak akan dilupakan!

TARIKH HARGA SEORANG (MYR) SAIZ KUMPULAN
BERDUA / BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
16/4 - 24/4 9,900 3,500 9,900 7,990 14 pax
7/5 - 15/5 9,900 3,500 9,900 7,990
11/6 - 19/6 9,900 3,500 9,900 7,990
10/9 - 18/9 9,900 3,500 9,900 7,990
16/10 - 24/10 9,900 3,500 9,900 7,990
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. (Average harga tiket RM3,500 / seorang)
Surcaj RM500 /seorang untuk saiz kumpulan 9 - 11 pax
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM150/ SEORANG INSTANT CASHBACK REWARDS RM100 / SEORANG LOYALTY DISCOUNT RM200 / SEORANG

Setibanya di Lapangan Terbang Zurich ETA 6.45 pm, anda akan berjumpa dengan coach captain dan terus ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Bermalam di Zurich.

Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan menuju ke Triberg, sebuah bandar kecil di Jerman yang terkenal dengan Triberg Falls – antara air terjun tertinggi di negara itu.

Kemudian, laluan merentasi kawasan indah Black Forest (Schwarzwald), yang cukup dikenali dengan hutan lebat, suasana seperti dalam dongeng, serta kek Black Forest yang terkenal di seluruh dunia. Perjalanan diteruskan ke Freiburg, sebuah bandar universiti dengan seni bina klasik dan bersejarah.

Seterusnya, tiba di sempadan Perancis untuk singgah di Colmar, sebuah bandar fotogenik yang digelar “Little Venice” dengan deretan rumah kayu berwarna pastel yang indah. Akhir sekali, bertolak ke Basel atau Bern untuk daftar masuk hotel dan bermalam.

Nikmati sarapan pagi sebelum bertolak dari Bern dan menuju ke Gruyères. Gruyères adalah sebuah bandar zaman pertengahan yang terkenal dengan keju Gruyère yang dihasilkan di kawasan tersebut. Lawati La Maison du Gruyère untuk melihat pembuatan keju secara tradisional.

Selesai lawatan, perjalanan diteruskan ke bandar cantik Montreux, terletak di tepi Tasik Geneva. Nikmati pemandangan tasik yang memukau dan suasana Mediterranean yang tenang serta nyaman.

Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan ke Täsch. Tiba di Tasch, daftar masuk hotel dan solat. Kemudian, ambil perjalanan menaiki kereta api untuk ke Zermatt, sebuah perkampungan bebas kenderaan yang terletak di kaki Gunung Matterhorn.

Nikmati masa santai di Zermatt, di mana anda boleh meneroka perkampungan yang indah ini atau anda juga boleh memilih untuk menaiki Gornergrat Bahn Cogwheel Train (Kos: 116 CHF) untuk pemandangan pemandangan ikonik Matterhorn yang lebih menakjubkan.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak dari Täsch pada waktu pagi dan melalui Simplon Pass yang indah, perjalanan ini mengambil masa kira-kira 2.5 jam, membawa anda ke Itali. Simplon Pass adalah laluan bersejarah melalui Alps Swiss, menawarkan pemandangan gunung dan lembah yang menakjubkan.

Tiba di Lake Como pada tengah hari, sebuah destinasi mewah yang terkenal dengan tasik yang tenang dan dikelilingi oleh villa-villa klasik yang menawan. Aktiviti diteruskan dengan Lake Como Cruise, di mana anda akan menyusuri tasik sambil menikmati pemandangan indah villa terkenal dan kampung-kampung tepi tasik yang mempesonakan.

Selepas aktiviti bersiar-siar, daftar masuk hotel di bandar Como dan berehat untuk malam tersebut.

Selepas sarapan pagi, perjalanan dimulakan menuju ke bandar Milan, pusat fesyen dan budaya Itali. Di sini, anda akan berpeluang untuk meneroka Milan City Centre, termasuk mercu tanda ikonik Duomo di Milano, katedral bergaya Gothic yang menjadi simbol kota ini. Anda juga boleh berjalan-jalan di sekitar Galleria Vittorio Emanuele II, pusat beli-belah mewah dengan seni bina klasik yang menakjubkan.

Pada sebelah petang, aktiviti membeli-belah diteruskan ke Serravalle Designer Outlet, salah satu outlet terbesar di Eropah yang menawarkan jenama-jenama terkenal pada harga diskaun. Seterusnya, singgah di Primark Arese, kedai kegemaran ramai yang menawarkan pelbagai barangan fesyen dan keperluan pada harga berpatutan.

Selesai aktiviti, kembali semula ke Como untuk bermalam dan berehat.

Selepas sarapan dan daftar keluar dari hotel di Como, perjalanan diteruskan berhenti di Tax Refund di Chiasso, kawasan sempadan Switzerland–Itali.

Selesai urusan, singgah sebentar di Lugano, sebuah bandar cantik yang terletak di tepi tasik, terkenal dengan suasana tenang dan pemandangan ala Mediterranean. Masa bebas untuk bersiar-siar dan menikmati keindahan persekitaran sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan Bernese Oberland.

Destinasi seterusnya ialah Interlaken, sebuah wilayah peranginan yang terletak di antara Tasik Thun dan Tasik Brienz, di tengah-tengah pergunungan Alps Swiss. Di sini, terdapat pilihan untuk menaiki funikular ke Harder Kulm (kos: 38 CHF) – gunung tempatan yang menawarkan pemandangan spektakular Eiger, Mönch, dan Jungfrau, serta panorama dua tasik yang mengapit Interlaken.

Akhir hari, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Interlaken.

Sarapan di hotel. Kemudian, bertolak ke Tasik Blausee, yang terkenal dengan air yang berwara biru jernih dan suasana tenang di kawasan berhutan.

Seterusnya, bertolak ke Grindelwald, sebuah kampung alpine indah yang dikelilingi oleh puncak gunung menjulang tinggi. Luangkan masa untuk membeli-belah di Grindelwald Terminal. Makan tengahari disini (kos sendiri).

Setelah makan tengahari, teruskan perjalanan ke Lauterbrunnen, sebuah kampung yang dikelilingi oleh tebing tinggi dan air terjun, termasuk Staubbach Falls yang terkenal.

Pada sebelah petang, anda boleh memilih untuk menaiki kereta api khas ke Top of Europe – Jungfraujoch (Kos: 130 CHF), stesen tertinggi di Eropah yang menawarkan pemandangan glasier serta pengalaman salji sepanjang tahun. Bagi yang tidak memilih lawatan ini, anda boleh meneruskan aktiviti bebas di sekitar Interlaken.

Sarapan pagi dan bertolak ke Engelberg untuk menaiki kereta kabel ke Mount Titlis (Kos: 120 CHF), sebuah gunung terkenal di Alps Swiss. Nikmati pemandangan menakjubkan, Titlis Cliff Walk, sebuah jambatan gantung yang menawarkan pemandangan indah di atas Alps, dan Glacier Cave, sebuah terowong ais di dalam glasier.

Selepas lawatan ke Mount Titlis, perjalanan diteruskan ke Lucerne, sebuah bandar lama zaman pertengahan yang masih terpelihara dengan baik. Luangkan masa petang anda meneroka Lucerne, melawat Chapel Bridge, sebuah jambatan kayu bersejarah yang dihiasi dengan lukisan, Lion Monument, sebuah tugu peringatan Swiss Guards yang mati pada tahun 1792 dan Old Town.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel, perjalanan pagi diteruskan ke Rhine Falls di Schaffhausen – air terjun terbesar di Eropah. Saksikan keindahan alam yang mempesona, jika cuaca baik, anda boleh menikmati pengalaman menaiki bot (Kos: 10 CHF) yang membawa anda dekat dengan air terjun untuk merasai kehebatan alam semula jadi ini.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Lindt Chocolate Museum (Kos: 17 CHF) di Zurich, di mana anda dapat mempelajari lebih lanjut mengenai sejarah coklat Swiss yang terkenal dan juga mencuba pelbagai jenis coklat yang dihasilkan oleh Lindt.

Pada sebelah petang, teruskan lawatan di sekitar bandar Zurich. Luangkan masa meneroka Bahnhofstrasse, antara jalan membeli-belah paling eksklusif di dunia, dan Old Town yang menempatkan gereja ikonik Grossmünster dan Fraumünster. Akhiri hari dengan bersiar-siar di Lake Promenade sambil menikmati suasana tenang berlatarbelakangkan tasik dan gunung.

Kemudian, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan balik.

Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis, Alhamdulillah.

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL *ATAU SETARA
Zurich Jet Hotel Zurich Airport* x 1N
Bern Grauholz Hotel* x 1N
Tasch Hotel Taecherhof* x 1N
Lake Como Hotel Cruise* x 2N
Interlaken HOP Apartment & Suites* x 2N
Zurich Prize by Radisson, Zurich* x 1N

AKTIVITI TAMBAHAN (OPTIONAL TOUR):

Tour Tempoh masa Harga (Dewasa) Nota
Gornergrat Railway ticket for Matterhorn tour 30 Minit - 45 Minit CHF 116 Includes: Return Train
Sigriswil Panorama Bridge - CHF 8 -
Harder Kulm 10 Minit CHF 38 Includes: Round-trip Funicular Ride & Access to Viewing Platforms
Jungfraujouch Tour 3 Jam - 4 Jam CHF 260 Includes: Eiger Express cable car, Jungfrau Railway, cogwheel train Alpine Sensation, Sphinx Observation Terrace, Plateau, Ice Palace (weather permitting)
Mount Titlis - CHF 120 Includes: Round-Trip Cable Car Journey - From Engelberg, glacier park, the Ice Flyer chairlift, and the Titlis Cliff Walk.
Bot ride in Rhine Falls 15 minit CHF 10 -
Lindt Chocolate Museum - CHF 17

**Nota: Kami mencadangkan pembelian Swiss Half Fare Card (CHF120 seorang) untuk mendapatkan potongan harga sehingga 50% bagi beberapa aktiviti di atas

Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

CADANGAN PENERBANGAN: ETIHAD AIRWAYS (EY)

EY 419   KUL AUH  1000 1250 

EY 141   AUH ZRH  1450 1845

EY 142   ZRH AUH  2105 0600

EY 416   AUH KUL  0855 2015

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM3,000 / PER PERSON