VIETNAM ISLAND

Percutian Unik, Penuh Warna & Kenangan! Gabungan alam semula jadi, seni bina Eropah & pengalaman unik.

Percutian 4H3M ini menggabungkan aktiviti santai, pengalaman unik dan suasana tropika yang memikat. Anda akan menikmati panorama indah dari atas, masa bebas menjelajah bandar, serta pelbagai tarikan sesuai untuk semua peringkat umur – sama ada datang bersama keluarga, rakan atau pasangan.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, anda akan disambut oleh pemandu pelancong. Kemudian dibawa menikmati makan tengah hari di restoran halal tempatan.

Terus ke hotel untuk daftar masuk dan solat. Kemudian, bertolak ke Sunset Sanato, lokasi terkenal untuk melihat panorama matahari terbenam yang sangat memukau di tepi pantai.

Makan malam awal di restoran Halal. Kemudian anda akan dibawa ke kawasan tarikan utama Grand World Phu Quoc, sebuah kompleks pelancongan dengan seni bina Eropah. Di sini anda akan melawat Bamboo Legend, Urban Park, serta menyaksikan pertunjukan multimedia luar biasa di Colorful of Venice – gabungan cahaya, muzik dan kisah cinta romantik berlatar Sungai Venice dengan teknologi unjuran moden dan LED yang menakjubkan.

Selesai pertunjukan, kembali ke bandar Duong Dong. Nikmati masa bebas bersiar-siar dan membeli-belah di Pasar Malam Duong Dong yang meriah dengan pelbagai pilihan cenderahati. Bermalam di Phu Quoc.

Selepas sarapan, perjalanan dimulakan ke bahagian utara pulau untuk melawat Taman Safari Vinpearl Phu Quoc, taman zoologi terbesar di Vietnam. Taman ini menjadi habitat kepada lebih 2,000 haiwan liar daripada 140 spesies berbeza serta lebih 400 jenis tumbuhan tropika dan eksotik.

Selesai lawatan, kembali ke bandar Duong Dong untuk makan tengah hari di restoran Halal. Kemudian bergerak ke VinWonders Phu Quoc, taman tema terbesar dan paling moden di barat daya Vietnam. Di sini anda boleh menikmati pelbagai permainan dalaman dan luaran, menyaksikan pertunjukan menarik serta persembahan puteri duyung di Akuarium Sea Shell.

Menjelang petang, bertolak ke kawasan selatan pulau untuk ke hotel di Sunset Town.

Waktu malam bebas untuk anda meneroka kawasan sekitar mengikut keselesaan sendiri. Makan malam disediakan, dan bermalam di Phu Quoc.

Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Sun World Hon Thom untuk menaiki kereta kabel yang baru dibuka menuju ke Pulau Hon Thom (juga dikenali sebagai Pulau Nanas). Kereta kabel ini merupakan yang terpanjang di dunia tanpa henti (3 hala), diiktiraf oleh Guinness World Records.

Tiba di pulau, nikmati makan tengah hari buffet. Selepas itu, masa bebas untuk bersiar-siar di Taman Semula Jadi, menaiki Eagle’s Eye – menara 360 darjah dan masa santai di Taman Air Aquatopia yang penuh dengan permainan air untuk semua peringkat umur.

Menjelang petang, kunjungan diteruskan ke Bandar Mediterranean, kawasan yang memukau dengan gabungan seni bina Eropah dan panorama semula jadi yang indah. Singgah bergambar di Menara Jam setinggi 75 meter yang menjadi mercu tanda kawasan ini.

Seterusnya, melawat Kiss Bridge, jambatan ikonik dan romantik di tepi laut. Turut dibawa melawat ke Kilang Sos Ikan dan Ladang Mutiara tempatan yang terkenal. Makan malam disediakan di restoran Halal. Waktu malam bebas untuk anda meneroka sendiri suasana meriah Sunset Town. Bermalam di Sunset Town.

Selepas sarapan, masa bebas sehingga masa bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang dengan kenangan manis.

PENGINAPAN HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only: 3* - An Phu Hotel / The Empire Hotel / Lotus Home Signature Hotel / Similar 1,960 500 1,470 980 2
1,720 500 1,290 645 3 - 4
1,500 500 825 750 5 - 8
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-PQC-KUL (kos RM800/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN