China

Nikmati keindahan alam semula jadi Li River, gua perak yang unik, Sun & Moon Pagodas serta budaya tempatan di lorong bersejarah. Ziarah masjid bersejarah termasuk Makam Saad Abi Waqqas & Huaisheng Mosque. Pakej lengkap dengan makanan halal & penginapan selesa – Paling penting, bebas kedai wajib!

Ketibaan di Lapangan Terbang Guilin, peserta disambut wakil tempatan. Lawatan bermula di Masjid Chongshan, pusat komuniti Muslim bersejarah di Guilin. Seterusnya, singgah di mercu tanda terkenal Elephant Trunk Hill, bukit ikonik yang menyerupai gajah menghirup air dari Sungai Li.

Kemudian nikmati panorama indah di Rong & Shan Lakes Scenic Area, dengan peluang bergambar di hadapan Sun & Moon Pagodas. Jalan santai melalui Nine Turning Bridge sebelum meneroka suasana meriah di Zheng Yang Pedestrian Street, pusat beli-belah popular yang dipenuhi butik, kedai cenderamata dan makanan ringan tempatan.

Makan tengah hari dan makan malam di restoran halal dan daftar masuk hotel.

Sarapan pagi di hotel sebelum menuju ke Gunung Yao, di mana peserta berpeluang menaiki cable car untuk menikmati pemandangan memukau landskap Guilin dari puncak. Selepas itu, nikmati persembahan hebat Mirage Guilin Acrobatic Show, mempamerkan kehebatan seni akrobatik tradisional China.

Pada waktu petang, lawatan diteruskan ke Xiaoyao Pavilion, taman tradisional yang damai dengan seni bina klasik. Kemudian, peserta bebas meneroka East & West Alley, lorong bersejarah dengan gabungan kedai moden, rumah teh dan seni bina lama yang memberi pengalaman budaya menarik.

Makan tengah hari dan malam di restoran halal tempatan. Bermalam di hotel.

Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, lawatan bermula di Liu Sanjie Grand View Garden yang mempamerkan budaya etnik Zhuang, serta Osmanthus Commune yang terkenal dengan produk tempatan.

Seterusnya, nikmati pengalaman unik Li River Cruise (Diamond Cruise 1.5 jam), pelayaran indah menyusuri sungai yang dikelilingi banjaran bukit karst – pemandangan ikonik yang sering menghiasi poskad Guilin.

Kemudian, meneruskan perjalanan ke Yangshuo. Kunjungan ke West Street, jalan tertua dan paling meriah di Yangshuo. Nikmati suasana malam penuh warna-warni dengan deretan kedai, kafe dan peluang foto menarik.

Makan tengah hari dan malam di restoran halal tempatan. Bermalam di hotel.

Sarapan pagi dan daftar keluar, kemudian bergambar di Moon Hill, bukit berbentuk bulan sabit yang unik. Lawatan diteruskan ke Silver Cave, gua batu kapur berkilauan yang dihiasi stalaktit dan stalagmit menakjubkan.

Petang, peserta menaiki Bullet Train ke Guangzhou (2 jam 40 minit). Setibanya di sana, terus ke Shangxiajiu Pedestrian Street, kawasan membeli-belah terkenal dengan suasana klasik Lingnan.

Makan tengah hari dan malam di restoran halal tempatan. Bermalam di hotel.

Sarapan pagi di hotel, diikuti lawatan sekitar Guangzhou. Bergambar di Flower City Square dengan latar Canton Tower, kemudian singgah di Asia Games Sports Park. Lawatan diteruskan ke Mausoleum Saad Abi Waqqas, makam sahabat Nabi SAW yang menjadi simbol sejarah Islam di China.

Petang, peserta dibawa membeli-belah di Baima Clothing Wholesale Market, pusat borong tekstil terbesar di Guangzhou.

Lawatan ke Beijing Road, destinasi beli-belah ikonik Guangzhou yang terkenal dengan butik, pusat membeli-belah moden serta paparan arkeologi jalan purba di bawah lantai kaca.

Makan tengah hari dan malam di restoran halal. Bermalam di hotel.

Selepas sarapan dan daftar keluar, peserta melawat Yuexiu Park yang menempatkan ikon kota, Five Rams Statue. Lawatan diteruskan ke Dr. Sun Yat-Sen Memorial Hall, bangunan bersejarah yang menjadi simbol perjuangan moden China.

Kemudian ziarah ke Huaisheng Mosque, antara masjid tertua di dunia Islam. Sebelum berangkat, peluang terakhir membeli-belah di Onelink Wholesale Market.

Selepas makan tengah hari, peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang Baiyun untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP
Ground Only 3,190 500 4 - 5
2,590 500 6 - 8
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX
BANDAR HOTEL* or similar BILANGAN MALAM
Guilin Guilin EMME Hotel 2
Yangshuo Yangshuo Elite Garden Hotel 1
Guangzhou Guangzhou Starway Hotel (Former Desheng Hotel) 2

The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.

TERMS & CONDITIONS APPLY!

CADANGAN MAKLUMAT PENERBANGAN : AIR ASIA (AK)

AK 156  KUL KWL 0720 1120

AK 117  CAN KUL 2200 0210