SWITZERLAND & ITALY

Explore the breathtaking beauty of Switzerland and Italy!

Alami pengembaraan Eropah yang hebat! Kembara melalui landskap yang menakjubkan, bandar-bandar indah yang kaya dengan budaya sambil menikmati keindahan dan daya tarikan Switzerland dan Itali. Bersedia untuk detik-detik yang tidak dapat dilupakan!

TARIKH HARGA SEORANG (MYR) SAIZ KUMPULAN
BERDUA /BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
2025
Pilihan sendiri 9,990 3,500 9,990 7,990 8-14 PAX
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM100/ SEORANG INSTANT CASHBACK REWARDS RM90 / SEORANG

Tiba di Zurich. Selepas melepasi pemeriksaan kastam dan mengambil bagasi, anda akan menaiki bas untuk ke Rhine Falls, perjalanan selama kira-kira 1.5 Jam. Rhine Falls, yang terletak berhampiran bandar Schaffhausen, adalah air terjun terbesar di Eropah, menawarkan pemandangan semula jadi yang menakjubkan dengan air terjun yang kuat dan menjangkau lebih 150 meter.

Pada waktu petang, teruskan perjalanan ke Basel, kira-kira 1.5 jam dari Rhine Falls, untuk lawatan singkat di bandar lama Basel. Basel adalah pusat kebudayaan yang terletak di tebing Sungai Rhine, terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang terpelihara dengan baik. Anda akan meneroka Basel Minster, sebuah katedral Gothic yang menakjubkan dengan pemandangan bandar, dan Rathaus (Dewan Bandaran).

Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Bern, ibu negara Switzerland. Dikenali dengan bandar lama yang tersenarai dalam UNESCO, Bern dipenuhi dengan bangunan zaman pertengahan, jalan berbatu, dan arked yang menarik. Daftar masuk di hotel dan bermalam di Bern.

Pada waktu pagi, sarapan pagi sebelum bertolak dari Bern dan menuju ke Gruyères, perjalanan kira-kira 1.5 jam. Gruyères adalah sebuah bandar zaman pertengahan yang indah dan terkenal dengan keju Gruyère yang dihasilkan di kawasan tersebut. Lawati La Maison du Gruyère (tidak termasuk tiket) untuk melihat demonstrasi pembuatan keju dan mempelajari kaedah tradisional yang digunakan.

Pada waktu petang, perjalanan diteruskan ke Täsch. Tiba di Tasch, ambil perjalanan menaiki kereta api atau teksi (tidak termasuk tiket) untuk ke Zermatt, sebuah perkampungan bebas kenderaan yang terletak di kaki Gunung Matterhorn. Nikmati masa santai di Zermatt, di mana anda boleh meneroka perkampungan yang menarik atau bersiar-siar melihat pemandangan ikonik Matterhorn. Anda juga boleh memilih untuk menaiki Gornergrat Bahn Cogwheel Train (tidak termasuk tiket) untuk pemandangan yang lebih menakjubkan.

Selepas itu, kembali ke Zermatt untuk bermalam.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak dari Täsch pada waktu pagi dan melalui Simplon Pass yang indah, perjalanan kira-kira 2.5 jam, membawa anda ke Itali. Simplon Pass adalah laluan bersejarah melalui Alps Swiss, menawarkan pemandangan gunung dan lembah yang menakjubkan.

Pada waktu petang, singgah di Serravalle Designer Outlet untuk membeli-belah. Outlet besar ini menampilkan pelbagai jenama fesyen mewah dan menawarkan diskaun yang menarik pada pelbagai produk.

Selepas menghabiskan beberapa jam di sana, teruskan perjalanan ke Varese, sebuah bandar di utara Itali yang terkenal dengan vila-vila yang indah, taman-taman, dan muzium seni. Daftar masuk di hotel dan bermalam di Varese.

Sarapan pagi di hotel. Luangkan masa sepanjang hari meneroka Como dan Milan. Lawatan pertama ke Como, yang terletak di tebing Tasik Como, anda boleh menaiki bot di tasik (tidak termasuk tiket) yang dikelilingi oleh gunung dan dipenuhi dengan vila-vila elegan. Lawati Villa Olmo, sebuah vila neoklasik dengan taman yang indah, atau meneroka pusat bandar yang menarik dengan bangunan bersejarah.

Kemudian, perjalanan ke Milan, ibu kota fesyen dan reka bentuk Itali. Di Milan, lawati Duomo di Milano, salah satu katedral Gothic terbesar dan paling rumit di dunia. Berdekatan, terokai Galleria Vittorio Emanuele II, sebuah arked membeli-belah besar dari abad ke-19 dengan kedai-kedai mewah dan kafe. Anda juga akan diberikan masa untuk meneroka kawasan fesyen Milan, di mana anda boleh melihat trend terkini dari pereka terkenal Itali.

Selepas seharian bersiar-siar, kembali ke hotel anda di Varese untuk bermalam.

Pada waktu pagi, sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Lugano, sebuah bandar Swiss yang terletak di tebing utara Tasik Lugano, berhampiran sempadan Itali. Lugano terkenal dengan pemandangan tasik yang indah dan suasana Mediterranean. Nikmati lawatan singkat di Lugano, melawat tepi tasik, Parco Ciani, sebuah taman yang indah dipenuhi dengan patung, air pancut, dan bunga-bungaan.

Teruskan perjalanan ke Interlaken, sebuah bandar peranginan yang terletak di antara Tasik Thun dan Tasik Brienz di tengah-tengah Alps Swiss. Disebelah waktu petang, anda mempunyai dua pilihan: melawat Sigriswil Panorama Bridge (tidak termasuk tiket), sebuah jambatan gantung pejalan kaki yang menawarkan pemandangan indah Tasik Thun dan gunung-gunung sekitarnya, atau menaiki funikular ke Harder Kulm (tidak termasuk tiket), gunung tempatan Interlaken, yang menawarkan pemandangan menakjubkan Eiger, Mönch, dan Jungfrau serta Tasik Thun dan Brienz. Bermalam di kawasan Thun/ Interlaken.

Sarapah buffet di hotel. kemudian, nikmati masa bersiar-siar di Interlaken, di mana anda boleh meneroka Höhematte Park, sebuah kawasan hijau besar di tengah bandar, dan berjalan-jalan di sepanjang Sungai Aare yang mengalir melalui bandar ini.

Seterusnya, bertolak ke Grindelwald, sebuah kampung alpine indah yang dikelilingi oleh puncak gunung menjulang tinggi. Luangkan masa untuk membeli-belah di Grindelwald Terminal, dengan pilihan untuk menaiki kereta kabel ke Puncak Eropah di Jungfraujoch (tidak termasuk tiket), stesen kereta api tertinggi di Eropah. Terokai kampung yang indah ini sebelum melawat Tasik Blausee, yang terkenal dengan airnya yang berwara biru jernih dan suasana tenang di kawasan berhutan.

Pada waktu petang, teruskan perjalanan ke Brienz, sebuah kampung yang terkenal dengan tradisi ukiran kayu dan lokasinya di tebing Tasik Brienz. Anda boleh melawat tasik dan Brienz Rothorn Railway (tidak termasuk tiket), sebuah kereta api wap bersejarah yang menawarkan perjalanan pemandangan melalui gunung.

Akhir sekali, menuju ke Lauterbrunnen, sebuah kampung lembah yang dikelilingi oleh tebing tinggi dan air terjun, termasuk Staubbach Falls yang terkenal. Kembali ke hotel anda di kawasan Thun/ Interlaken untuk bermalam.

sarapan pagi dan mulakan perjalanan ke Iseltwald, sebuah kampung kecil di tebing Tasik Brienz yang terkenal dengan suasana tenang dan keindahan pemandangannya.

Selepas meneroka Iseltwald, bertolak ke Lucerne, sebuah bandar yang menggabungkan lokasi tepi tasik yang menakjubkan dengan bandar lama zaman pertengahan yang terpelihara dengan baik. Luangkan masa petang anda meneroka Lucerne, melawat Chapel Bridge, sebuah jambatan kayu bersejarah yang dihiasi dengan lukisan, Lion Monument, sebuah tugu peringatan Swiss Guards yang mati pada tahun 1792, dan Old Town.

Pada waktu petang, perjalanan diteruskan ke Engelberg untuk menaiki kereta kabel ke Mount Titlis (tidak termasuk kos), sebuah gunung terkenal di Alps Swiss. Nikmati pemandangan menakjubkan, Titlis Cliff Walk, sebuah jambatan gantung yang menawarkan pemandangan menakjubkan di atas Alps, dan Glacier Cave, sebuah terowong ais di dalam glasier.

Akhir sekali, bertolak ke Zurich. Daftar masuk di hotel anda, dan bermalam.

Sarapan pagi di hotel. Luangkan hari terakhir anda dengan meneroka Zurich. Berpeluang untuk melawat Bahnhofstrasse, salah satu jalan membeli-belah paling eksklusif di dunia, Old Town dengan bangunan zaman pertengahan, dan Muzium Nasional Switzerland, yang menawarkan pandangan komprehensif tentang sejarah budaya Switzerland.

Pada waktu petang, bertolak ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan balik.

Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis, Alhamdulillah.

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL *ATAU SETARA
Bern Grauholz Hotel* x 1N
Zermatt / Brig / Tasch Hotel Walliserhof* x 1N
Varese Bis Hotel Varese* x 2N
Lake Thun Schönbühl Hotel & Restaurant Lake Thun* x 2N
Zurich Radisson Hotel Zurich Airport* x 1N

AKTIVITI TAMBAHAN (OPTIONAL TOUR):

Tour Tempoh masa Harga (Dewasa) Nota
La Maison du Gruyère 1 Jam CHF 11 -
Train or Taxi to Zermatt from Tasch 10 Minit CHF 10 Includes: Return Transfer
Gornergrat Railway ticket for Matterhorn tour 30 Minit - 45 Minit CHF 125 Includes: Return Train
Sigriswil Panorama Bridge - CHF 8 -
Harder Kulm 10 Minit CHF 40 Includes: Round-trip Funicular Ride & Access to Viewing Platforms
Jungfraujouch Tour 3 Jam - 4 Jam CHF 225 Includes: Eiger Express cable car, Jungfrau Railway, cogwheel train Alpine Sensation, Sphinx Observation Terrace, Plateau, Ice Palace (weather permitting)
Lake Blausee - CHF 11 -
Mount Titlis - CHF 110 Includes: Round-Trip Cable Car Journey - From Engelberg, glacier park, the Ice Flyer chairlift, and the Titlis Cliff Walk.
Boat cruise Lake Brienz Duration: Around 40 mins CHF 60 Boat ride from Iseltwald to interlaken east (sharing basis) Includes: Boat ticket

Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

CADANGAN PENERBANGAN:

EK 343  KUL DXB  0225 0530

EK 87  DXB ZRH  0840 1320

EK 88  ZRH DXB  1525 2345

EK 346  DXB KUL  0310 1425

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM3,000 / PER PERSON