JEPUN - TOKYO + MT. FUJI + SNOW RESORT

Tour Code: S005

Jelajah Jepun selama 6H5M dengan itinerari lengkap dari bandar moden Tokyo ke kawasan ikonik Mt. Fuji. Rasai pengalaman unik bermain salji di Fujiyama Snow Resort, bergambar dengan latar Gunung Fuji yang memukau, serta lawatan budaya, beli-belah dan kunjungan ke masjid tempatan. Gabungan lawatan terpilih yang padat, tapi cukup untuk anda nikmati keindahan Jepun.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2025
6/12 - 11/12 Winter (MH) 6,990 1,000 6,990 6,640 6,290 15 - 25 pax
2026
7/1 - 12/1 Winter (AA) 7,090 1,000 7,090 6,740 6,380 15 - 25 pax
20/1 - 25/1 Winter (AA) 6,590 1,000 6,590 6,260 5,930
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX

Berkumpul di KLIA Terminal 1/2 untuk menaiki penerbangan ke Narita/Haneda.
Bermalam di Tokyo.

Jika menaiki penerbangan MH88, peserta akan terus mula program.

Tiba di Narita / Haneda International Airport.

Lawatan ke Mt Fuji:

• Berfoto di Lake Kawaguchi, salah satu tasik antara Fuji Five Lakes dan yang paling menjadi tumpuan para pelancong untuk mengambil foto sisi lain Mt. Fuji.

• Masjid Fujikawaguchiko terletak di tepi Tasik Kawaguchi, 20 minit berjalan kaki dari Stesen Kawaguchiko. Ia adalah masjid pertama di Fuji yang didirikan pada tahun 2020.

• Merasai pengalaman memetik buah Strawberi di sekitar Fuji. Peserta dapat menikmati buah strawberi pada akhir musim sejuk dan awal musim bunga.

• Melawat perkampungan kecil Oshino yang terletak antara Lake Kawaguchi dan Lake Yamanaka, yang terkenal dengan 8 buah kolam jernih seperti cermin bernama Oshino Hakkai. Kolam-kolam ini terbentuk secara semulajadi selama lebih 80 tahun dari letusan lava Mt. Fuji.

Bermalam di Fuji.

Lawatan di Fuji:

• Masa bebas untuk bermain salji di Fujiyama Snow Resort Yeti. Tetamu boleh menaiki skilift untuk menikmati pemandangan yang menarik atau bermain salji di kawasan yang disediakan dengan bayaran tambahan.

• Membeli-belah di Gotemba Premium Outlet yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenama-jenama terkenal di samping menikmati diskaun yang luar biasa. Di Gotemba Premium Outlet juga ada menyediakan ruang untuk bersolat.

Bermalam di Tokyo.

Perjalanan hari ke-4 ini semua pengunjung akan berjalan menggunakan train di Jepun. Semua pengunjung akan mendapat pass train yang dinamakan Tokyo Subway Pass 48HRS. Ia untuk digunakan untuk hari ke-4 dan hari ke-5 sewaktu peserta berjalan sendiri.

• Melawat sekitar kawasan Asakusa yang sangat terkenal dengan pintu gerbang merah Kaminarimon yang terdapat tanglung besar dibina sejak 1000 tahun dahulu dan juga Sensoji Temple yang dibina pada kurun ke-7.

• Membeli-belah cenderamata dan manisan di laluan pejalan kaki Nakamise Street yang menempatkan lebih 50 buah kedai.

• Solat di Okamachi Mosque atau lebih dikenali sebagai Masjid As-Salam. Masjid ini menjadi tempat tumpuan pelancong Muslim dari seluruh dunia ketika bersiar-siar di kawasan Ueno.

• Ueno Ameyoko Street. Ameyoko ialah nama pendek untuk “Ameya Yokocho” (lorong kedai gula-gula), kerana gula-gula secara tradisinya dijual di sana. Hari ini, produk seperti pakaian, beg, kosmetik, ikan segar, makanan kering dan rempah ratus dijual di sepanjang Ameyoko.

• Masa bebas untuk membeli-belah di Akihabara yang terkenal sebagai pusat jualan barangan elektronik dan juga lokasi terkenal bagi peminat anime dan manga mencari koleksi mereka.

• Bersiar-siar di Shibuya yang terletak di tengah kota raya Tokyo dan telah wujud sejak kurun ke-11 lagi. Jangan lepaskan peluang untuk berfoto di Shibuya Crossing yang cukup terkenal dengan jumlah pejalan kaki yang sangat ramai yang menyeberang dari semua arah sekaligus apabila lampu isyarat bertukar merah. Ia juga menjadi antara salah satu tarikan yang ikonik di Jepun.

Bermalam di Tokyo.

Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti berhibur di Disneyland dan Disneysea Tokyo, Sea Life Park, Legoland Discover Center atau menaiki train melawat Odaiba yang terkenal dengan Odaiba Beach dan Rainbow Bridge.

*Tiket masuk tempat lawatan dan pengangkutan tidak termasuk dalam pakej.

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

*Jika menaiki penerbangan MH88, peserta akan pulang keesokan hari.

Tiba di KLIA Terminal 1/2.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Mt.Fuji 1
Tokyo 3

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH 88  KUL NRT  2335  0715+1

MH 89  NRT KUL  1005   1700

BUTIRAN PENERBANGAN: AIR ASIA (D7)

D7 522  KUL HND  1450  2240

D7 523  HND KUL  2355  0650+1

DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG