SPECIAL YUNNAN
Gabungan Alam Semula Jadi, Budaya Tempatan & Pengalaman Bermakna
Alami keindahan Yunnan dalam trip 7H5M yang penuh dengan panorama luar biasa dan budaya unik! Lawati bandar bersejarah Dali dan Lijiang, bergambar di Jade Dragon Snow Mountain & Blue Moon Valley yang memukau, serta nikmati pengalaman bersama komuniti Muslim tempatan. Itinerari lengkap dengan makanan halal, waktu solat terjaga dan lawatan ke masjid. Sesuai untuk yang nak rasa ‘feel macam Eropah’ tapi dengan bajet Asia – selesa, santai dan penuh kenangan!

- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: BERTOLAK DARI KUALA LUMPUR – KUNMING
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Kunming. Bersiap sedia untuk memulakan perjalanan ke wilayah Yunnan yang kaya dengan budaya, sejarah dan keindahan semula jadi.
- HARI 2: KUNMING – DALI (SP/MT/MM)
Tiba di Kunming pada awal pagi dan daftar masuk hotel untuk berehat seketika. Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan dengan menaiki bas ke bandar Dali, sebuah bandar bersejarah yang terkenal dengan Tasik Erhai – tasik air tawar luas yang berlatarbelakangkan gunung-ganang.
Setibanya di Dali, makan tengah hari dan solat di Masjid Nanmen, antara masjid tertua di Dali yang juga menjadi pusat komuniti Muslim tempatan. Lawatan diteruskan ke Dali Old Town, kawasan bersejarah yang menampilkan seni bina tradisional etnik Bai. Anda akan dibawa berjalan santai di sepanjang Foreigner Street yang penuh dengan kedai cenderamata dan kafe unik.
Makan malam disediakan sebelum daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 3: DALI – LIJIANG (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke perkampungan Muslim di Dali untuk melihat gaya hidup masyarakat Hui. Anda akan dibawa ke rumah penduduk tempatan dan berpeluang mencuba DIY Milk Fan, iaitu pencuci mulut tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Muslim Yunnan.
Selesai makan tengah hari dan solat, perjalanan diteruskan ke bandar Lijiang, yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dalam perjalanan, singgah sebentar di Burning Cream Center, sebuah pusat terapi tradisional yang menjual pelbagai produk kesihatan berasaskan herba tempatan.
Setibanya di Lijiang, lawatan ke Lijiang Old Town dan Square Street – kawasan bersejarah yang kaya dengan budaya Naxi dan seni bina Dinasti Ming. Kemudian, nikmati ketenangan alam di Black Dragon Pool, taman yang terkenal dengan kolam jernih dan pemandangan Gunung Jade Dragon.
Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel.
- HARI 4: LIJIANG – JADE DRAGON SNOW MOUNTAIN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan diteruskan ke Gunung Jade Dragon, yang mempunyai ketinggian 5,596 meter dan merupakan antara tarikan utama di Lijiang. Anda akan menaiki kereta kabel ke Glacier Park Scenic Area – sebuah kawasan tinggi dengan pemandangan glasier yang menakjubkan.
Kemudian, lawatan ke Blue Moon Valley, tasik berwarna biru turquoise yang dikelilingi batu kapur putih. Anda akan dibawa menaiki buggy untuk meneroka kawasan sekitar.
Seterusnya, saksikan persembahan budaya berskala besar iaitu Impression Lijiang Show, hasil arahan pengarah terkenal Zhang Yimou. Persembahan ini berlangsung berlatarbelakangkan Gunung Jade Dragon dan menampilkan budaya unik etnik tempatan.
Makan tengah hari disediakan secara bungkus (pack lunch). Kemudian kembali ke bandar untuk makan malam dan berehat.
- HARI 5: LIJIANG – KUNMING – YILIANG (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Kunming dengan menaiki kereta api laju (bullet train).
🧳 Nota: Kumpulan 2–5 orang perlu membawa sendiri bagasi ke dalam kereta api. Untuk kumpulan 6 orang ke atas, bagasi besar akan dihantar lebih awal menggunakan kenderaan khas.
Setibanya di Kunming, makan tengah hari dan solat sebelum meneruskan lawatan ke Stone Forest, kawasan geologi unik dengan formasi batuan semula jadi yang menyerupai hutan batu. Lawatan ini termasuk penggunaan buggy untuk kemudahan dan keselesaan anda.
Kemudian, bertolak ke bandar kecil Yiliang untuk makan malam dan daftar masuk hotel.
- HARI 6: YILIANG – KUNMING (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar. Bertolak semula ke Kunming untuk hari terakhir penuh aktiviti budaya dan membeli-belah.
Lawatan dimulakan di Silk Store, di mana anda boleh mendapatkan produk sutera asli China. Seterusnya, anda akan dibawa ke Luosiwan Wholesale Market, antara pasar borong terbesar di wilayah ini.
Selepas makan tengah hari dan solat, lawatan ke Golden Horse & Jade Rooster Archways, mercu tanda bersejarah bandar Kunming. Kemudian, kunjungan ke Masjid Shuncheng untuk solat dan berjalan santai di Shuncheng Shopping Street, kawasan beli-belah yang mesra Muslim.
Kemudian, waktu bebas untuk mencuba makanan halal tempatan di Chongren Muslim Food Street. Nikmati makan malam perpisahan sebelum dibawa ke Nanqiang Night Market untuk merasai suasana malam di Kunming.
Akhir sekali, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan awal pagi pulang ke tanah air.
- HARI 7: KUNMING – KUALA LUMPUR
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Kunming. Alhamdulillah, selamat tiba di tanah air.
- BUTIRAN HARGA:
HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | ||||
---|---|---|---|---|---|
BILIK BERDUA / BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
5,200 | 700 | 5,200 | 4,700 | 2-3 | |
3,690 | 700 | 3,690 | 3,190 | 4-5 | |
3,190 | 700 | 3,190 | 2,790 | 6-7 | |
2,790 | 700 | 2,790 | 2,490 | 8-9 | |
2,750 | 700 | 2,750 | 2,450 | 10 ke atas | |
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL- KMG -KUL (kos RM1,500/seorang) estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. |
- BUTIRAN HARGA:
- NOTE: FOR PEAK SEASON / SCHOOL SUMMER HOLIDAY
HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | ||||
---|---|---|---|---|---|
BILIK BERDUA / BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
5,350 | 800 | 5,350 | 4,550 | 2-3 | |
3,800 | 800 | 3,800 | 3,300 | 4-5 | |
3,320 | 800 | 3,320 | 2,890 | 6-7 | |
2,940 | 800 | 2,940 | 2,590 | 8-9 | |
2,900 | 800 | 2,900 | 2,540 | 10 ke atas | |
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL- KMG -KUL (kos RM1,500/seorang) estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. |
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan 5x malam di hotel bertaraf tourist class
- Pengangkutan private yang selesa
- Kereta Api Laju sehala dari Lijiang ke Kunming
- 3x shuttle menaiki buggy
- Makan Halal 3x sehari seperti dalam itineri
- Tiket masuk untuk semua lawatan seperti dalam itinerari
- Perkhidmatan Tour Guide Tempatan
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan KUL - KMG - KUL
- Insurans perjalanan RM89 seorang (Etiqa Takaful Insurance / Pelan Platinum – umur 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Tips untuk Tour Guide
- Selain dari yang dinyatakan dalam itineri
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
PENGINAPAN:
BANDAR | HOTEL* or similar |
---|---|
Kunming | Wanjin Hotel or similar |
Dali | Vienna International Hotel or similar |
Lijiang | Baseli Hotel Lijiang or similar |
Yiliang | Taiyuan Hotel (Halal Breakfast) or similar |
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj untuk Krismas, Tahun Baru, Cuti Sekolah dan Cuti-Cuti lain
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2025
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN